MWC 2018 : Nokia 8 Sirocco Dilancarkan Dengan Paparan QHD Melengkung

369
**********

Mengambil kesempatan bersempena MWC 2018, HMD Global turut memperkenalkan peranti kelas atasan terbaru mereka dengan membawakan Nokia 8 Sirocco. Jika sebelum ini peranti Nokia kelas pertengahan dioperasikan oleh Android One, kini Nokia 8 Sirocco juga dijana oleh sistem antaramuka tersebut.

Nokia nampaknya cuba mengikut trend semasa dengan meletakkan peranti ini dengan skrin melengkung di bahagian sisi. Ia menggunakan paparan 5.5-inci P-OLED QHD dengan Corning Gorilla Glass 5 untuk memberikan daya ketahanan pada skrin dan panel belakang. Set cip pada peranti ini dimuatkan dengan Snapdragon 835 disamping RAM 6GB dan storan seluas 128GB.

Pada jabatan kamera pula, ia lengkap dengan sistem dwi kamera Zeiss 12 Megapiksel, salah satunya menyokong lensa sudut lebar dan 2x zum optikal. Kamera depan hadir dengan 5 Megapiksel f/2.0.

Nokia 8 Sirocco tidak lengkap dengan sumber kuasa bateri. Ia dibekalkan 3,260mAh berserta teknologi pengecasan tanpa wayar Qi. Malahan, peranti ini turut menawarkan ciri kalis air IP67 berbanding IP57 pada Nokia 8 terdahulu.

Nokia 8 Sirocco akan dijual bermula April pada harga bermula €749 (lebih kurang RM3,608) seunit.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here