MWC 2018 : Nokia 7 Plus Peranti Pertengahan Dengan Skrin 6” Dan 3 Kamera Zeiss

276
**********

Seiring pelancaran Nokia 8 Sirocco dan Nokia 8110 4G, HMD Global yang memiliki Nokia turut memperkenalkan Nokia 7 Plus kepada pengunjung di acara MWC 2018 di Barcelona. Artikel mengenai Nokia 7 Plus pernah kami bawakan sebelum ini menunjukkan beberapa gambar yang tertiris. Kini ia dilancarkan secara rasmi.

Nokia 7 Plus adalah telefon pintar kelas-pertengahan dengan nisbah skrin 18:9 juga yang pertama menggunakan cip pemproses Snapdragon 660. Ia hadir bersama paparan IPS LCD 6-inci HD penuh+ dengan tahap keterangan mencecah 500nits.

Kerangka badan peranti ini diperbuat daripada bahan berasaskan logam, malah dengan 6 lapisan warna ia tampak seperti peranti yang menggunakan panel gelas. Jadi, dengan kemasan yang dihasilkan peranti ini sangat selesa dipegang disamping jalur antena juga tidak kelihatan.

Pada bahagian penggambaran, peranti ini menggabungkan dua lensa kamera iaitu 12 MP dengan aperture f/1.75 dan 12 MP telefoto 2x zum bersama aperture f/2.6. Kamera depan pula, 5 Megapiksel lensa sudut-lebar dibantu aperture f/2.0. Kesemua sensor kamera menggunakan jenama Zeiss.

 

Peranti ini dikuasakan cip pemproses Snapdragon 660, RAM sebesar 4GB, dan storan sebanyak 64GB yang menyokong kad microSD.

Nokia 7 Plus akan dipasarkan bermula April depan pada harga €399 (RM1,919) dengan dua varian satu-SIM dan dwi-SIM.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here