MWC 2018 : Nokia 6 (2018) Diperbaharui Dengan Kamera Setara Peranti Induk

317
**********

Sebuah lagi telefon pintar yang dilancarkan oleh HMD Global ialah Nokia 6 (2018). Ia sebuah peranti yang dinaiktaraf daripada model asal pada tahun lepas. Apa yang dibawakan oleh Nokia kali ini, mereka sangat peka dengan kehendak pengguna. Nokia 6 (2018) kini dilengkapi kamera Zeiss dan cip pemproses Snapdragon terkini.

Nokia 6 (2018) dilengkapi kerangka badan tahan lasak diperbuat daripada aluminium siri-6000 dan telah menjalani proses kemasan sehingga 11 jam. Paparan bersaiz 5.5-inci IPS FHD turut dilindungi Corning Gorilla Glass dan keseluruhan badan disiapkan dengan warna dua-tona.

Dikuasakan pemproses pertengahan Snapdragon 630, ia juga ditemani memori RAM sebesar 3GB atau 4GB serta storan 32GB atau 64GB. Mendahului peranti daripada jenama lain, ia sepenuhnya dioperasikan Android One dan dimuatkan bersama bateri 3,000mAh. Pengecasan pantas boleh dilakukan melalui sambungan bicu USB-C.

Bahagian kamera pula, terdapat lensa Zeiss 16 Megapiksel f/2.0 dan kamera depan 8 Megapiksel f/2.0. Ciri yang menarik ialah Dual-Sight yang membenarkan kamera depan dan belakang beroperasi secara serentak. Tidak lupa juga, ciri Bothie untuk tujuan Live di media sosial turut disediakan.

Nokia 6 (2018) akan dipasarkan pada bulan April nanti pada harga bermula sekitar €279 (RM1,388) seunit.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here