MWC 2018 : Nokia 1 Diperkenalkan Dengan Android Oreo Go Edition

221
**********

HMD Global yang mempelbagaikan barisan peranti mereka telah memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar iaitu Nokia 1. Peranti ini menggunakan sistem operasi asas Android Oreo Go Edition yang memerlukan peranti berspesifikasi rendah khususnya RAM dibawah 1GB.

Nokia 1 hadir dengan skrin berwarna 4.5-inci IPS LCD FWGA yang dikuasakan pemproses MediaTek MT6737M. Memori dalaman pula dibekalkan RAM 1GB, serta storan 8GB yang boleh diperluaskan melalui kad microSD.

Tidak ketinggalan juga, kamera belakang menempatkan sensor 5 Megapiksel sementara kamera depan 2 Megapiksel. Peranti Android Oreo Go Edition ini dijana bateri sebesar 2,150mAh.

Nokia 1 ditawarkan pada harga jimat poket iaitu USD89 (lebih kurang RM350) dalam pilihan warna Warn Red dan Dark Blue. Panel belakang yang boleh dicabut boleh didapati dalam pilihan warna Azure, Grey, Yellow, dan Pink dengan tambahan USD7.99 (lebih kurang RM31.40). Nokia 1 bakal menembusi pasaran global bermula April 2018.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here