MWC 2018: LG V30S ThinQ, Pertama Dengan AI

284
**********

Sehari sebelum pelancaran MWC 2018 diadakan, pihak LG telah merasmikan peranti terbaru flagship mereka yang diberi nama LG V30S ThinQ. Sepertimana yang diketahui, LG V30S ThinQ ini adalah versi penambahbaikan dari LG V30 yang telah diperkenalkan pada tahun lepas, turut hadir pada dua versi iaitu LG V30S ThinQ dan LG V30S+ ThinQ.

Berbanding versi sebelumnya, kali ini lebih memfokuskan pada peningkatan RAM 6GB dan memori dalaman 128GB/256GB, serta integrasi teknologi kecerdasan buatan (AI) yang kini semakin hangat di seluruh negara.

Flagship terbaru ini hadir dengan skrin 6 inci QHD+ paparan OLED FullVision, dioperasikan di bawah Qualcomm Snapdragon 835, mempunyai kamera utama beresolusi 16MP + 13MP (f/1.9 aperture & 120º wide angle), sementara kamera depan beresolusi 5MP (90º wide angle), kapasiti bateri sebesar 3300mAh dan sistem operasi Android 8.0 UX 6.0+.

Selain peningkatan pada 6GB RAM dan memori dalaman 128GB/256GB, fokus utama pada peranti LG flagship ini tentunya kehadiran teknologi AI-nya. Pertama, Vision AI merangkumi 3 ciri baru pada kamera termasuk AI CAM, QLens dan Bright Mode yang akan berfungsi secara automatik dan meningkatkan pengalaman menangkap gambar. AI CAM secara khususnya dapat mengoptimasikan mod penggambaran sesuai ikut keadaan.

QLens pula berdasarkan keupayaan teknologi AI, dapat mempertingkatkan pengalaman membeli-belah atas talian. Hanya sekali imbas QR, boleh mendapatkan maklumat mengenai tempat untuk membeli produk tersebut, serta harga terendah dan lain-lain informasi lagi.

LG juga memperkenalkan Bright Mode yang akan diaktifkan secara automatik dalam keadaan persekitaran cahaya yang rendah. Di bawah keadaan ini, empat piksel imej bersebelahan akan digabungkan untuk mendapatkan imej dengan tahap kecerahan yang lebih baik.

Satu lagi ciri baru ialah Voice AI, di mana ia membolehkan anda menjalankan aplikasi dan mengubah tetapan melalui arahan suara sahaja. Adakah LG V30S ThinQ akan memasuki pasaran tempatan, baik jangan meletakkan harapan tinggi ya.

Spesifikasi:
  • Cipset: Qualcomm Snapdragon 835
  • Paparan: 6.0 inci 18:9 QHD+ OLED FullVision (2880 x 1440 / ~538ppi)
  • Memori:
    V30S ThinQ: 6GB RAM / 128GB ROM / microSD (sehingga 2TB)
    V30S+ ThinQ: 6GB RAM / 256GB ROM / microSD (sehingga 2TB)
  • Kamera:
    Utama:
    16MP / 13MP Wide Angle (f/1.9 / 120°)
    Depan: 5MP Wide Angle (f/2.2 / 90°)
  • AI: AI CAM / QVoice / QLens / Bright Mode / AI Haptic / Google Assistant
  • Bateri: 3300mAh
  • Sistem Operasi: Android 8.0 Oreo
  • Dimensi: 151.7 x 75.4 x 7.3mm
  • Berat: 158g
  • Sambungan: Wi-Fi 802.11 a, b, g, n, ac / Bluetooth 5.0 BLE / NFC / USB Type-C 2.0 (3.1 compatible)
  • Warna: New Moroccan Blue, New Platinum Gray
  • Ciri-ciri lain: Kalis air & habuk IP68 / Crystal Clear Lens / Google Daydream / UX 6.0+ / Voice Recognition / Face Recognition / Fingerprint / Qualcomm Quick Charge 3.0 / Wireless Charging

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here