MWC 2018 : Lenovo Yoga 730 & Yoga 530 – Dua Varian Baru Dengan Spesfikasi Dipertingkatkan!

409
**********
Lenovo Yoga 730

Ada kalanya pengguna mudah alih mahukan kuasa penuh dan kemampuan produktiviti PC di dalam sebuah mesin yang nipis dan ringan. Seiring dengan itu, Lenovo telah menawarkan dua model komputer riba pada pameran MWC 2018 iaitu Yoga 730 dan Yoga 530.

Yoga 730 ialah komputer riba serba boleh yang menyokong fungsi pen pintar bersama sistem keselamatan biometrik. Oleh kerana ramai di antara kita menggunakan papan kekunci sebagai alat untuk mereka membentuk atau melukis, Yoga 730 kini menyediakan pilihan Active Pen 2 dengan 4,096 level bersama Windows Ink sebagai jalan alternatif.

Ciri seperti Cortana pula membolehkan arahan suara dibuat dari jarak 4 meter untuk memberi arahan seperti menghantar e-mel, melayar Internet, membuat pesanan di atas talian dan melancarkan aplikasi. Yoga 730 dikuasakan oleh Intel i7 Generasi ke-8, NVIDIA GeForce GTX 1050 dan Windows 10 dengan dua paparan yang hampir tiada bingkai bersaiz 13 inci dan 15 inci menonjolkan lagi watak sebenarnya.

Sementara itu, Lenovo juga memperkenalkan sebuah lagi model iaitu Yoga 530 bersaiz 14 inci. Direka dengan lebih nipis dan kompak, komputer riba ini juga dilengkapi dengan Active Pen, pengimbas cap jari, dan pembantu digital Cortana. Perisian yang terbaru Windows 10 pula memberikan kemudahan dan hiburan yang lebih imersif dengan adanya sokongan JBL serta Dolby Atmos. Dengan berat kerangka badan 1.6kg dan ketebalan hanya 17.6mm, ia mampu dilipat sehingga 360 darjah melalui empat cara.

Lenovo Yoga 530

Namun, setakat ini pihak Lenovo masih belum lagi mengumumkan harga dan ketersediaan kedua-dua varian ini untuk pasaran Malaysia.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here