MWC 2018 : Lenovo Perkenalkan Peranti Daydream – Mirage Solo & Mirage Camera

208
**********

Lenovo juga telah memperkenalkan Daydream VR pertama yang dinanti-nantikan oleh semua iaitu Lenovo Mirage Solo serta Mirage Camera.

Lenovo Mirage Solo

Lenovo Mirage Solo adalah sebuah realiti maya tanpa perlu disambungkan pada telefon pintar, komputer dan tidak menggunakan wayar. Dikuasakan oleh Snapdragon 835, ia turut menawarkan memori RAM sebesar 4GB dan paparan skrin dengan sudut pemandangan sehingga 110 darjah. Sokongan WorldSense pula membolehkan pengguna seolah-olah berada dalam situasi sebenar serta turut hadir dengan pengawal Daydream Controller.

Lenovo Mirage Camera

Sebuah lagi model yang dilancarkan pada pameran MWC 2018 adalah Mirage Camera. Menariknya kamera ini, ia mampu merakam video realiti maya sehingga 180 darjah, kemudiah boleh ditonton semula menggunakan peranti realiti maya seperti Mirage Solo. Dilengkapi dengan dwi kamaera 13 Megapiksel, ia dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 626, memori RAM 2GB serta storan 16GB.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here