MWC 2018 : Huawei Bawa MateBook X Pro Untuk Pasaran Asia Pasifik

478

Huawei yang saban tahun menyertai acara MWC 2018 sering memperkenalkan peranti dan teknologi terbaru. Mengambil kesempatan daripada acara yang sama, hari ini Huawei memperkenalkan dua produk terbaru dibawah kategori laptop dan tablet.

Huawei MateBook X Pro merupakan sebuah laptop bersaiz kompak dan ultra-nipis. Ia dilengkapi skrin 13.9-inci dengan paparan terbaru 3K yang boleh disentuh. Menerusi FullView Display, nisbah skrin-ke-kerangka juga mencecah 91 peratus. Laptop ini dikuasakan pemproses generasi ke-8 Intel Core i5 atau i7. Ia diselitkan bersama kad grafik NVIDIA GeForce MX150 dengan 2GB GDDR5 sekaligus menjadikan antara laptop ternipis dan teringan paling berkuasa di pasaran.

Butang papan kekunci yang boleh diubah menjadi kamera

Huawei MateBook X Pro dibina dengan sumber kuasa daripada bateri 57.4Wh – sebuah bateri berkapasiti sederhana. Dari segi hiburan pula, ia dipadankan dengan speaker stereo berteknologi Dolby Atmos. Speaker ini dikatakan boleh dikustom mengikut kehendak pengguna.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here