MWC 2018 : Huawei 5G CPE Pertama Menawarkan Rangkaian Telekomunikasi 5G Komersial

497
**********

Huawei telah membuat pengumuman di MWC 2018 dengan melancarkan Huawei 5G CPE. Ia merupakan peranti terminal komersial pertama yang menyokong standard telekomunikasi 3GPP yang diiktiraf global.

Huawei 5G CPE yang dikuasakan oleh cip pemproses Balong 5G01 mampu memuat turun teoretik pada kelajuan sehingga 2.3Gbps. Selain itu, ia turut menyokong semua jalur frekuensi termasuk sub-6Ghz dan gelombang milimeter (mmWave) yang menawarkan penyelesaian 5G lengkap kepada pelbagai kegunaan.

Huawei telah melabur sebanyak $600 juta (hampir 2.34 bilion) dalam penyelidikan teknologi 5G CPE. Ia mempunyai dua frekuensi rendah dan frekuenci tinggi serasi dengan rangkaian 4G atau 5G. Kajian membuktikan, 5G-CPE membolehkan pengguna menikmati kandungan VR, atau memuat turun rancangan TV dalam masa yang kedua.

Dengan pengenalan peranti 5G CPE, tidak lama lagi pengguna akan menikmati rangkaian telekomunikasi lebih jelas dan terang sesuai untuk WiFi telefon. Dalam masa sama, Huawei juga menjalinkan kerjasama dengan syarikat telkom seperti Vodafone, Softbank, T-Mobile, BT, Telefonica, China Mobile, dan China Telecom dijangka akan memulakan pusingan pertama rangkaian komersil 5G.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here