MWC 2018: Flagship Sony Xperia XZ2, Keupayaan Merakam Video 4K HDR

479
**********

Khabar angin yang mengatakan Sony akan melancarkan 2 peranti flagship di MWC 2018 akan datang, kini sudah menjadi kenyataan. Selain pelancaran Samsung Galaxy Unpacked, Sony boleh dikatakan merupakan syarikat yang berjaya mencuri perhatian ramai dalam MWC 2018 bertempat Barcelona baru-baru ini.

Sony Xperia XZ2

Dua peranti flagship yang diperkenalkan secara rasmi ini ialah Sony Xperia XZ2 dan Xperia XZ2 Compact. Tarikan utama kali ini tentunya spesifikasi yang cukup menarik, malah reka bentuknya juga sangat memukau mata. Panel belakang peranti ini hadir dalam bentuk melengkung, nampak moden dan bergaya.

Sony Xperia XZ2 Compact

Dari segi spesifikasi, kedua-dua peranti ini dikuasakan dengan Snapdragon 845 di bawah 4GB RAM dan 64GB ROM, serta menyokong kad microSD yang mampu mencecah sehingga 400GB memori.

Seperti biasa, model Compact hadir dengan paparan skrin yang lebih kecil iaitu 5.0 inci IPS LCD FHD+, sementara Xperia XZ2 berskrin 5.7 inci IPS LCD FHD+. Pada paparan nisbah 18:9 ini juga membekalkan teknologi Corning Gorilla Glass 5 dan sokongan IP65/68.

Bateri pada Xperia XZ2 dan Xperia XZ2 Compact masing-masing berkapasiti 3180mAh dan 2870mAh, menyokong Qualcomm Quick Charge 3.03. Bahagian belakang terdapat pengimbas cap jari, posisinya agak jauh dengan kamera utama yang beresolusi 19 Megapiksel.

Kebolehan merakam video 4K dengan teknologi HDR dan video slow-motion 960fps membuatkan smartphone ini tampil berbeza berbanding pesaingnya. Tambahan lagi, kamera depan yang beresolusi 5 Megapiksel juga membawa masuk teknologi AR, di mana anda boleh mengambil gambar dan menjadikannya imej 3D.

Walaupun masih tidak banyak berubah, tetapi trend paparan penuh akhirnya tampil pada siri terbaru. Bahkan rekaan pengimbas cap jari padanya sedikit sebanyak boleh dijadikan keunikan pada Sony.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here