**********

Berita baik buat semua peniaga atas talian (online) dan juga peniaga kecil-kecilan, kini anda boleh menerima bayaran daripada pelanggan dengan hanya satu klik melalui aplikasi terbaru Maybank QRPay. Aplikasi ini membolehkan peniaga menerima bayaran dari pelanggan dengan serta-merta ke dalam akaun dan memantau transaksi perniagaan anda dengan mudah di mana sahaja.

 

Apa Itu Maybank QRPay?

Melalui QRPay, pembeli boleh membayar apa yang dibeli melalui telefon pintar hanya dengan mengimbas kod khas yang disediakan oleh penjual. Amaun akan terus ditolak daripada akaun simpanan pelanggan untuk dipindahkan kepada akaun penjual. Kaedah pembayaran ini bukan sahaja mudah tetapi juga lebih selamat kerana menggunakan kamera untuk mengenal pasti penjual.

Apa Perbezaan QRPay Dengan Servis Lain?

Berbeza dengan aplikasi e-dompet seperti vcash, yang mana anda perlu menambah nilai dari masa ke semasa. Tetapi dengan QRPay, pindahan wang terus dari akaun bank ke akaun penerima. Lebih menarik, anda boleh membuat transaksi maksimum sehingga RM1000, manakala transaksi melebihi RM250 pula memerlukan kod PIN untuk pengesahan transaksi.

 

Bagaimana Cara Mengaktifkan QRPay?

Langkah 1 >> Muat turun aplikasi Maybank2u

 

Langkah 2 >> Pilih ‘QRPay’

 

Langkah 3 >> Pilih ‘LET’S BEGIN’

Langkah 4 >> Masukkan kata laluan M2U anda

Langkah 5 >> Pilih akaun pilihan untuk bayaran

Langkah 6 >> Tetapkan had harian QRPay pilihan anda

 

Selesai!

Bagaimanakah cara membayar melalui QRPay?

A) Pembeli masukkan jumlah yang perlu dibayar

B) Peniaga juga perlu masukkan jumlah yang perlu dibayar

  • Langkah 1 (A & B)
    Buka aplikasi M2U dan pilih ‘QRPay’
  • Langkah 2 (A & B)
    Imbas kod QR peniaga
  • Langkah 3 (A)
    Masukkan jumlah yang perlu dibayar
  • Langkah 4 (A & B)
    Bayaran berjaya dilaksanakan. Jangan lupa untuk tunjukkan resit anda kepada peniaga

Di Mana Boleh Menggunakan QRPay

Tidak banyak pusat beli belah yang menggunakan servis QRPay buat masa sekarang. Tetapi Maybank menyasarkan kepada perusahaan kecil dan sederhana buat masa ini, termasuk seperti di pasar malam, kedai makan dan beberapa lagi. Selain itu, terdapat juga sebanyak 33 buah gerai makanan di Laman Menara Maybank menggunakan pilihan Maybank QRPay untuk kemudahan pelanggan.

Adakah QRPay Dikenakan Bayaran?

Buat masa ini, Maybank QRPay boleh digunakan secara percuma tanpa caj transaksi selama tempoh tiga bulan. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Maybank QRPay ini dan menggunakannya dalam menerima pembayaran dengan lebih mudah dan pantas daripada para pelanggan seluruh negara.

“Selamat Mencuba”

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here