MWC 2018 : Lenovo Melancarkan Komputer Riba Dari Siri ‘Chromebook’ – Khas Untuk Pendidikan

232
**********

Selain dua komputer riba dari siri ‘Yoga’, Lenovo turut melancarkan komputer riba dari siri ‘Chromebook’ khas untuk pendidikan. Komputer riba yang diperkenalkan terdiri model 500e Chromebook, 300e Chromebook dan juga 100e Chromebook.

Lenovo 500e Chromebook

Lenovo 500e Chromebook dilengkapi dengan paparan 11.6 inci boleh sentuh dan dilipat 360 darjah dalam empat mod berbeza. Menggunakan RAM 4GB LPDDR4 dengan ROM 32GB, ia disokong CPU Intel Celeron N3450U 1.10GHz, hadir dengan Intel Dual Band Wireless AC + Bluetooth 4.2 menjadikan sambungan Internet yang laju dan lancar.

Tersedia dengan dua port USB 3.0, dua port USB 2.0, audio jack combo serta pembaca kad microSD, ketahanan bateri pula mencapai 10 jam penggunaan tanpa henti dengan sekali pengecasan. Lebih menarik, komputer riba ini juga dilengkapi kamera utama 5 MP serta kamera depan 720p HD bersama sebuah pen.

Lenovo 300e Chromebook

Selain itu, model Lenovo 300e Chromebook pula ditambahbaik dari segi ketahanan gred tentera MIL-STD 810G, ia mampu menahan hentakan sekiranya terjatuh dari ketinggian 29.5 kaki (75cm). Malah tampil dengan kalis air pada jumlah 330 mililiter sekiranya tertumpah pada bahagian papan kekunci.

Menawarkan pemprose MediaTek MTK 8173C dengan 4GB RAM dan 32GB ROM, 300e Chromebook dilengkapi dua unit Mimo 802.11ac menjadikan sambungan Internet sangat pantas. Paparan skrin 11.6 inci yang boleh dilipat sehingga 180 darjah memudahkan para pelajar berkongsi maklumat bersama rakan-rakan.

Lenovo 100e Chromebook

Sebuah lagi komputer riba yang diperkenalkan adalah Lenovo 100e Chromebook yang hadir dengan teknologi anti silau bagi mengurangkan ketengangan mata dan membolehkan pelajar melihat dengan lebih lama. Kini tiada sebab untuk tidak menyiapkan kerja sekolah kerana komputer riba ini mampu bertahan sehingga 10 jam dengan sekali isian.

Dikuasakan oleh Intel Celeron N3350, ia dilengkapi RAM 4GB LPDDR4 dan storan sebesar 32GB mampu membuat pelbagai aktiviti dalam satu-satu masa. Terdapat juga dua port USB Type-C dan dua port jenis USB 3.0 yang memudahkan pengguna memindahkan data dengan pantas.

Kesemua komputer riba yang diperkenalkan ini menyokong aplikasi G Suite yang membolehkan pelajar dan guru berkongsi dokumen serta Google Classroom bagi tujuan pembelajaran.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here