Huawei Bagi Diskaun Untuk Huawei P10 Plus

270
**********

Bulan Mac 2018 ini sudah setahun usianya Huawei P10 Plus sejak ia diperkenalkan di pasaran tempatan. Sebelum ini, ia dijual pada harga RM3,099 tetapi dengan kemunculan Huawei Mate 10, harganya telah diturunkan kepada RM2,399.

Terbaru, harganya sekali lagi diturunkan kepada RM2,199 dan boleh dibeli di Lazada. Dengan setiap pembelian Huawei P10 Plus akan disertakan sekali pelbagai aksesori bernilai RM179. Promosi ini telah bermula 20 Februari lepas dan akan berakhir pada 28 Februari 2018 ini.

Untuk makluman, Huawei Mate 10 juga sedang mengadakan promosi untuk masa terhad. Cepat dapatkan sementara stok masih ada!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here