Google Bakal Perkenalkan Telefon Pintar Android Go Dengan Harga Mampu Milik?!

455

Pada Mei 2017, Google telah memperkenalkan Android Go yang dikhaskan untuk telefon pintar berspesifikasi rendah.

Terbaru, ada berita baik buat mereka yang menunggu telefon pintar dengan sokongan Android Go ini. Menurut Hiroshi Lockheimer, Naib Presiden Kanan Google Bahagian Platform dan Ekosistem, telefon pintar Android Go akan diperkenalkan secara rasmi pada MWC 2018 dengan harga serendah USD50 (kira-kira RM194).

Android Go merupakan platform mudah alih yang disasarkan untuk telefon pintar kelas permulaan dengan sokongan memori RAM kurang daripada 1GB. Walaupun hanya 1GB RAM, masih terdapat aplikasi Google seperti YouTube, Gmail, Chrome, Assistant dan Maps untuk Android Go di mana aplikasi ini lebih ringan.

Kepada yang berminat dengan telefon pintar Android Go ini, nantikan pelancaran rasminya tidak lama lagi.

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here