MWC 2018 : Huawei MediaPad M5 Diperkenalkan Dengan Dua Varian

199
**********

Lanjutan daripada pengenalan Huawei MateBook X Pro, Huawei turut menampilkan satu lagi produk dibawah segmen tablet. Ia merupakan tablet yang dikemas kini membawakan spesifikasi lebih baik berbanding keluaran terdahulu.

Minggu lepas kami ada berkongsi maklumat dan spesifikasi Huawei MediaPad M5 yang tertiris. Versi terbaru kini direka berasaskan gelas 2.5D dan paparan 2K untuk skrin bersaiz 8.4-inci atau 10.8-inci.

Untuk varian teratas, ia hadir dengan empat speaker yang ditala oleh Harman Kardon. Bukan setakat itu, speaker ini turut menggunakan teknologi Huawei Histen bagi memberikan pengalaman audio 3D sebenar.

Model Pro iaitu tablet bersaiz 10.8-inci ini diberikan keistimewaan lebih yang didatangkan dengan Huawei M-Pen ultra-tepat. Pen ini berupaya membaca 4,096 tahap tekanan sesuai untuk menulis, melukis, melakar, mereka dan sebagainya.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here