YES Terima Anugerah Penyedia Internet 4G LTE Terbaik Dalam Kelajuan Dan Ketersediaan di Malaysia

1009
- Iklan -

Tahniah!

Sejak pelancaran rangkaian YES pada tahun 2010, YTL Communications bertekad memperjuangkan kuasa transformasi Internet untuk menutup jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, serta memberi peluang yang sama bagi semua untuk berhubung ke dunia dan meningkatkan taraf hidup mereka. Baru-baru ini telah menerima anugerah dari OpenSignal sebagai jenama mudah alih 4G LTE dengan kebolehsediaan 4G LTE dan kelajuan muat turun keseluruhan terbaik, menurut laporan ‘State of Mobile Networks: Malaysia’ yang terkini.

Sebagai pesaing baru dalam laporan industri OpenSignal, YES bukan sahaja berjaya muncul sebagai juara dalam kategori kelajuan muat turun keseluruhan, tetapi juga berjaya mengatasi pengendali syarikat telekomunikasi tempatan yang lain dalam kebolehsediaan isyarat 4G LTE yang terbaik. Menurut OpenSignal, pelanggan-pelanggan YES boleh mengakses isyarat 4G LTE sekerap 93.2%, mendahului pesaing terdekatnya sebanyak 13%. YES juga berjaya mengatasi keempat-empat pengendali tempatan yang lain yang hanya berjaya menyediakan isyarat LTE sekerap 74% sahaja.

Dari segi kelajuan muat turun keseluruhan, para pelanggan YES dapat menikmati kelajuan muat turun purata 19.3Mbps, mendahului semua pengendali tempatan yang lain dengan purata kelajuan muat turun 4G LTE 16.6Mbps. Biarpun dengan kuata data sepanjang hari YES dan pelan Internet mampu milk yang menggalakkan penggunaan data yang lebih banyak, rangkaian berkapasiti tinggi YES masih mampu menyampaikan kelajuan muat turun keseluruhan yang tertinggi di Malaysia.

Walaupun YES baru melancarkan perkhidmatan YES 4G LTE dan VoLTE (Suara latar LTE) di seluruh negara hanya 15 bulan yang lalu, pengiktirafan dari OpenSignal ini membuktikan kepimpinan 4G YTL Communications, dan komitmennya sebagai jenama 4G yang menitikberatkan penyediaan produk dan perkhidmatan 4G yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia.

Pengiktirafan yang diberikan oleh OpenSignal ini bukan sahaja satu penghargaan untuk YES, malah ia juga disampaikan pada masa yang sesuai, iaitu apabila rakyat Malaysia semakin bergantung kepada Internet mudah alih untuk bekerja, belajar dan bermain.

 

 

- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here