**********

Tidak dinafikan lagi bahawa pengambilan gambar dokumen menggunakan kamera smartphone sudah menjadi satu kaedah yang paling kerap diguna pakai oleh kebanyakan pengguna, ini kerana ia merupakan kaedah yang paling mudah dan cepat untuk dipraktikkan. Namun begitu, pengambilan gambar menggunakan kamera sememangnya tidak begitu sempurna kerana ia mungkin kelihatan senget ataupun tidak jelas.

Oleh itu, ada di antara pengguna yang telah memuat turun aplikasi pihak ketiga semata-mata untuk tujuan itu dan ia sudah tentunya akan mengakibatkan pembaziran ruang storan peranti iOS anda. Untuk pengetahuan anda, iOS 11 sebenarnya kini telah dilengkapi dengan fungsi pengimbas dokumen di dalam aplikasi Notes.

 

Bagaimana caranya? Jom kita pelajari…

Langkah 1 >> Buka aplikasi Notes pada peranti iOS 11 anda.

Langkah 2 >> Klik ikon “New Notes” di bahagian bawah kanan skrin.

Langkah 3 >> Seterusnya klik pada ikon .

 

Langkah 4 >> Pilih menu “Scan Documents”.

Langkah 5 >> Halakan skrin ke dokumen yang diingini dan secara automatik keratan dokumen tersebut akan dikesan melalui highlight berwarna kuning dan akan disimpan. Jika keratan dokumen itu tidak diambil secara automatik, anda boleh klik pada butang shutter kamera.

 

Langkah 6 >> Klik pada keratan dokumen yang telah diambil tadi, dan kini anda boleh menggunakan fungsi suntingan yang disediakan seperti crop secara manual, pilihan efek warna dan juga rotation.

Langkah 7 >> Apabila telah berpuas hati, anda boleh berkongsi dokumen tadi ke pelbagai aplikasi lain seperti Message, WhatsApp, Mail, Facebook, Chrome dan sebagainya. Malah anda juga boleh menjadikannya sebagai fail PDF, mencetak dokumen, menyimpannya ke Files dan sebagainya.

 

~Amat mudah bukan?!~

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here