**********

Apabila anda telah berjaya mengemaskinikan peranti Apple ke iOS 11, pembaharuan yang paling utama dapat lihat adalah sokongan antaramuka yang sedikit berbeza berbanding iOS 11 sebelum ini.

Tetapi tanpa anda sedari, Apple juga sebenarnya telah memperkenalkan format imej terbaru dengan penggunaan teknik mampatan imej yang mampu menjimatkan hampir separuh daripada penggunaan ruang storan yang sebelum ini digunakan oleh gambar dan juga video yang telah diambil menggunakan iPhone anda.

Perkara ini sememangnya sangat dialu-alukan oleh pemilik iPhone yang memiliki ruang storan yang agak terhad seperti 16GB ataupun 32GB. Ini kerana gambar dan video yang sebelum ini disimpan dalam format JPEG dan H.264 telah digantikan dengan format terbaru iaitu HEIF (High Efficiency Image Format) dan HEVC (High Efficiency Video Coding).

Sungguhpun begitu, kekurangan penggunaan format ini akan menyebabkan isu ketidakserasian format yang menyebabkan ada di antara gambar atau video yang dikongsikan tidak boleh dikenalpasti formatnya oleh sesetengah aplikasi.

 

Jadi berikut adalah tip untuk menukar semula ke format asal:

Langkah 1 >> Akses menu Settings dan tatal skrin ke bawah, cari menu Camera.

Langkah 2 >> Kemudian klik pada menu Formats.

 

Langkah 3 >> Anda boleh melihat “High Efficiency” telah dipilih sebagai format lalai (default).

Langkah 4 >> Apa yang perlu anda lakukan hanyalah klik pada ruangan “Most Compatible” untuk menukar format tersebut dari HEIF/HEVC ke JPEG/H.264.

 

Baca Juga: Fungsi Pengimbas Dokumen Dalam Aplikasi Notes Pada iOS 11

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here