[Tertiris] Rekaan Alcatel 5 Dibina Nipis Dengan Skrin 18:9

363
**********

Kongsian daripada @evleaks yang selalu mendedahkan maklumat mengenai telefon pintar tidak pernah mengecewakan. Terbaru, beliau berkongsi gambar menunjukkan ia sebuah peranti dari jenama Alcatel. Gambar yang dikongsi adalah sebuah peranti flagship dinamakan Alcatel 5 yang hadir dengan rekaan lain daripada yang lain.

Peranti ini akan hadir dengan skrin nisbah 18:9 dengan ruang bezel sangat nipis di bahagian dagu sementara sensor pengimbas cap jari telah dialihkan ke bahagian belakang. Di bahagian atas pula, terdapat dwi kamera untuk tujuan selfie sebaris dengan set earpiece dan sensor-sensor lain.

Di samping itu, telefon pintar ini akan dibekalkan dengan bateri sebesar 3,000mAh yang mana tidak begitu besar disebabkan ketebalan yang terhad. Kerangka badan pula dibina berasaskan logam berwarna emas serta tulisan jenama yang berkilat.

Peranti premium Alcatel 5 akan dipamerkan di CES 2018 di Barcelona minggu hadapan pada masa sama pelbagai peranti terbaru dari jenama lain akan turut diperkenalkan.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here