[Tertiris] Motorola Moto E5 Tampil Dengan Cap Jari Pada Logo Di Belakang

504
**********

Rekaan lekuk pada bahagian belakang peranti Motorola sudah menjadi identiti baginya untuk meletakkan logo syarikat. Rekaan ini juga dikatakan tempat untuk pengimbas cap jari dimuatkan tetapi sehingga kini ia masih belum dihasilkan. Sebaliknya untuk setiap peranti Motorola Moto pengimbas cap jari telah diletakkan di bahagian dagu depan.

Terkini, terdapat gambar yang tertiris menunjukkan Motorola Moto E5 hadir dengan pengimbas cap jari pada logo di belakang. Rekaan peranti ini turut dipadankan dengan paparan standard yang tidak menggunakan skrin 18:9 seperti kebayakan peranti di pasaran. Untuk kamera, kita boleh lihat ia menggunakan satu kamera bersama bantuan LED flash di belakang di samping bicu microUSB di bahagian bawah.

Janggalnya, untuk tahun 2018 peranti ini masih tidak menyediakan rekaan yang moden malah masih mengekalkan reka bentuk tradisional dengan ruang dagu dan ruang atas yang agak tebal.

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here