[Tertiris] Gambar Dan Spesifikasi Nokia 6 (2018) Didedahkan

421
**********

Sama seperti SIRIM, TENAA juga merupakan organisasi yang bertanggungjawab dalam memberi kelulusan kepada sesebuah peranti untuk dijual di pasaran. Melalui maklumat yang diperolehi dari TENAA ini, Nokia bakal tampil dengan model terbarunya yang menggunakan kod nama TA-1054 atau dipercayai merupakan model terbaru Nokia 6 untuk tahun 2018 nanti.

Rekaan Nokia 6 (2018) kelihatan mirip seperti generasi pertamanya, tetapi kedudukan sensori pengimbas cap jari pada model terbaru ini telah dipindahkan pada bahagian panel belakang. Manakala rekaan kameranya juga menerima sedikit pembaharuan kerana ia tampil dengan permukaan yang lebih memanjang berbanding sebelumnya.Untuk sokongan spesifikasinya pula, Nokia 6 (2018) dipercayai bakal dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 630, RAM sebesar 4GB, dan dioperasikan dengan Android 7.1.1 Nougat. Manakala untuk kapasiti storan dalamannya pula, ia tersedia dalam dua pilihan iaitu 32GB dan 64GB. Nokia 6 (2018) ini masih menggunakan paparan skrin berukuran 5.5 inci dengan resolusi 1920 x 1080 piksel serta bateri berkapasiti 3000 mAh.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here