[Tertiris] Adakah Ini Reka Bentuk Sony Xperia XA2 Ultra?!

572
**********

Baru-baru ini satu lagi peranti terbaru telah tertiris di laman Weibo yang dipercayai model Sony Xperia XA2 Ultra yang akan diperkenalkan di pasaran untuk tahun 2018 nanti. Berdasarkan kepada gambar yang diterima ini, Sony Xperia XA2 Ultra hadir dengan menggunakan kod nama H4233.

Melalui penampilan panel depannya, ia jelas memperlihatkan sokongan dwi kamera dengan LED Flash. Walaupun tampil dengan saiz bezel yang agak nipis pada sisi kerangkanya, Xperia XA2 Ultra ini dilihat masih mengekalkan rekaan ikonik dari Sony dengan sokongan bezel yang tebal pada bahagian atas dan bawah paparan skrin.

Bahagian panel belakang peranti ini pula hanya dilengkapi dengan sokongan satu kamera beserta satu LED Flash. Manakala bahagian bawah lensa telah disediakan dengan sensor pengimbas cap jari pada panel belakang yang masih belum diketahui sama ada diperbuat daripada logam ataupun polikarbonat.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here