Tempah Uber 30 Hari Lebih Awal Apabila Menaiki Penerbangan Air Asia

221
**********

Uber hari ini mengumumkan kerjasama dengan AirAsia menawarkan perkhidmatan perjalanan yang lancar dan berpatutan yang memudahkan pelanggan untuk ke lapangan terbang. Dalam kerjasama ini, pengguna boleh menikmati diskaun melalui kod promosi untuk menaiki Uber sama ada ke lapangan terbang atau pulang ke rumah dengan mudah.

Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan meminta Uber untuk menghantar dan pemandu Uber menunggu mereka sebaik mereka tiba di lapangan terbang. Sekaligus menjadikan percutian atau urusan kerja lebih terurus melalui perkhidmatan pintu-ke-pintu ini.

Kedua-dua syarikat mengesahkan bahawa pelanggan akan diberi ketenangan minda apabila menggunakan perkhidmatan ini dengan tawaran lebih daripada 52 bandar di seluruh Asia Pasifik dan AS dimana aplikasi Uber turut digunakan.

Di samping itu, AirAsia juga menggabungkan ciri “deeplink” yang membolehkan para pengguna Uber meminta atau menjadualkan perjalanan, menempah dan check-in penerbangan. Sementara pengguna baru pula akan diberikan kod promo untuk perjalanan percuma apabila mereka mendaftar akaun menggunakan kod “AIRASIA”.

Pengguna kini boleh membuat tempahan 30 hari lebih awal untuk menaiki Uber sekaligus memudahkan mereka untuk merancang percutian pada bila-bila masa. Bagaimanapun, kedua-dua syarikat ini akan memulakan pemasaran bersama tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang Uber.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here