Sony Xperia XA2, Xperia XA2 Ultra Dan Xperia L2 Akan Dijual Bermula 9 Februari Ini

691
**********

Sony baru sahaja mendedahkan tiga model baharunya iaitu Xperia XA2, Xperia XA2 Ultra dan juga Xperia L2 dalam acara CES 2018 yang berlangsung pada awal Januari 2018 yang lalu. Tidak sampai sebulan, Sony Mobile Malaysia dilihat telah membawakan khabar baik apabila telah melancarkan ketiga-tiga model ini untuk pasaran di Malaysia.

Sony Xperia L2

Di dalam majlis pelancaran yang diadakan baru-baru ini, Sony Mobile Malaysia turut mengumumkan harga jualan rasmi ketiga-tiga model ini iaitu Sony Xperia XA2 akan dijual pada harga RM1299, Xperia XA2 Ultra pula dijual pada harga RM1999, dan Sony Xperia L2 berharga RM999. Sungguhpun begitu, pengguna yang berminat hanya boleh memilikinya bermula 9 Februari 2018 nanti.

Sony Xperia XA2

Untuk model Sony Xperia XA2 Ultra, sesi pra-tempah boleh dibuat mulai 20 Januari hingga 31 Januari ini dan pembeli berpeluang untuk mendapatkan hadiah percuma bernilai RM600. Hadiah yang akan diterima termasuklah rebat tunai RM200, pengecas pantas UCH12W, jaminan waranti lanjutan 1+1 tahun, sarung pelindung lut sinar dan juga pelindung skrin nano.

Sony Xperia XA2 Ultra

Sony Xperia XA2 Ultra dan Xperia L2 boleh dibeli melalui semua kedai Sony dan juga pengedar yang sah, manakala Sony Xperia XA2 pula hanya boleh dibeli di pusat atau kedai Sony yang terpilih sahaja.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here