**********

HARGA: RM 1,999

Sony bukanlah satu jenama yang asing lagi di kalangan pengguna di negara ini, bahkan ia boleh dianggap antara jenama besar yang masih memiliki pengikut setianya hingga ke hari ini. Pada awal bulan Januari 2018 yang lalu, Sony telah mengumumkan kemunculan tiga model terbarunya iaitu Xperia L2, Xperia XA2 dan juga Xperia XA2 Ultra di dalam acara CES 2018. Kini tidak sampai sebulan model itu diumumkan secara rasmi, Sony Mobile Malaysia telah mengumumkan ketersediaan jualan ketiga-tiga model terbaharunya itu bermula Februari ini.

Apa yang lebih menariknya, baru-baru ini Sony Mobile Malaysia juga telah berbesar hati menghantar unit reviu Sony Xperia XA2 Ultra kepada kami. Jadi sebelum eRing berkongsi reviu eksklusif dengan anda semua, apa kata kita lihat dulu 7 sebab mengapa anda perlu memiliki Sony Xperia XA2 Ultra ini…

 

  1. Skrin 6.0 Inci 1080p

Paparan skrin Sony Xperia XA2 Ultra sememangnya besar iaitu mencecah sehingga 6.0 inci. Walaupun hanya menawarkan paparan 1080p atau beresolusi 1920 x 1080p, penyediaan teknologi Image Enhance Technology menjanjikan paparan skrin yang lebih baik untuk pelbagai aktiviti multimedia seperti menonton video, melayari Internet, ataupun bermain permainan mudah alih.

 

  1. Swafoto Dwi Kamera

Sekiranya anda sangat mementingkan ciri swafoto yang lengkap, Sony Xperia XA2 Ultra adalah pilihan yang sangat menarik kerana ia menyokong bukan satu tetapi dua kamera untuk aktiviti tersebut.

Kombinasi dua kamera ini saling melengkapi kerana lensa pertama beresolusi 16 Megapiksel membolehkan anda mengambil gambar swafoto dengan paparan 16:9 dengan teknologi penstabilan OIS.

Lensa swafoto 16 Megapiksel menyokong sudut setakat 80 darjah sahaja, manakala lensa swafoto 8 Megapiksel jauh lebih luas iaitu mencecah sehingga 120 darjah.

Manakala lensa kedua yang beresolusi 8 Megapiksel ini pula membolehkan anda mengambil gambar swafoto yang lebih luas mencecah sehingga 120 darjah. Malah ia turut dilengkapi dengan bantuan LED Flash.

 

  1. Kamera Utama 23 Megapiksel

Sokongan lensa utama beresolusi 23 Megapiksel yang menggunakan sensor Exmor RS ini bukan sahaja menjanjikan kejelasan hasil gambar yang lebih baik, tetapi ia juga menyokong talaan pencahayaan pintar di dalam persekitaran yang agak gelap.

Ciri auto fokus yang sangat pantas turut memastikan anda tidak terlepas setiap detik penting. Lebih menariknya, ia turut menyokong rakaman video berkualiti 4K dengan sokongan SteadyShot bagi mengatasi isu video yang kabur dan juga keupayaan video gerak perlahan sehingga 120fps.

 

  1. Tetapan Audio Lengkap

Sony Xperia XA2 Ultra hanya dilengkapi dengan satu speaker sahaja, tetapi ia masih mampu menghasilkan bunyi yang sangat kuat dan jelas dengan sokongan teknologi Smart Amplifier. Tidak cukup dengan itu, ia turut dilengkapi dengan tetapan audio terbaik dari Sony seperti ClearAudio+ dan juga Clear BASS dengan hanya satu klik sahaja.

Anda juga berupaya menikmati audio yang berkualiti tinggi apabila menyambungkannya ke fon kepala tanpa wayar dengan adanya sokongan teknologi LDAC dan juga aptX. Tetapan khas untuk mendapatkan efek bunyi keliling juga boleh dicapai melalui penyediaan menu Surround Sound (VPT).

 

  1. Bateri 3580mAh Dengan Quick Charge 3.0

Kapasiti bateri mencecah sehingga 3850mAh pada Sony Xperia XA2 Ultra turut menjanjikan masa penggunaan yang lebih lama. Sungguhpun begitu, masa mengecas yang diambil ternyata jauh lebih pantas kerana ia dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas dari Quick Charge 3.0.

Selain itu, kehadiran teknologi Smart STAMINA membantu anda mendapatkan anggaran masa penggunaan yang tinggal berdasarkan kepada cara penggunaan, manakala Qnovo Adaptive Charging dan Battery Care pula mampu memastikan hayat bateri yang lebih lama.

 

  1. Qualcomm Snapdragon 630

Berbeza dengan model kelas pertengahan keluaran Sony sebelum ini yang dikuasakan dengan pemproses MediaTek, Sony Xperia XA2 Ultra ternyata lebih berkuasa dan efisien melalui sokongan pemproses Qualcomm Snapdragon 630.

Apa yang pasti, pemproses ini sememangnya tidak akan mengecewakan anda kerana ia sesuai untuk pelbagai aktiviti termasuklah bermain permainan mudah alih dengan grafik tinggi, menonton video, ataupun melayari Internet.

 

  1. Tiga Slot Kad Berasingan

Jika kebanyakan pengeluar lebih gemar mengambil pendekatan untuk tampil dengan sokongan slot kad jenis hibrid yang memerlukan pengguna untuk membuat pilihan sama ada menggunakan dua kad SIM ataupun satu kad SIM dengan satu kad microSD.

Penyediaan slot kad hibrid ini sememangnya tidak begitu mesra pengguna, jadi dengan Sony Xperia XA2 Ultra ini, anda bebas untuk menggunakan dua kad SIM dengan satu kad microSD secara serentak kerana ia hadir dengan tiga slot kad berasingan.

 

Di sini sahaja kita berhenti, nantikan reviu seterusnya~

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here