Sesetengah Pengguna iOS Berhadapan Isu Ketika Menaip Di Aplikasi Facebook Messenger

522
**********

Berdasarkan kepada tweet yang telah dikongsikan oleh pengguna melalui akaun Twitter, ada di antara pemilik peranti iOS berhadapan dengan isu ketika menaip di aplikasi Facebook Messenger. Aplikasi tersebut dikatakan hanya membenarkan pengguna untuk menaip beberapa patah perkataan sahaja sebelum pengguna langsung tidak boleh menaip ataupun menekan butang backspace.

Masalah ini terjadi pada sesetengah peranti iOS sahaja dan pihak Facebook telah mengesahkan kebenaran di atas isu yang telah dihadapi oleh pengguna aplikasi tersebut. Malah pengguna yang terkesan juga turut berkongsi bahawa proses restart, memadam dan memasang semula aplikasi Facebook Messenger tidak mampu mengatasi isu tersebut.

Menyedari akan isu ini, pihak Facebook dilihat telah memperkenalkan kemas kini terbaru untuk aplikasi Facebook Messenger untuk peranti iOS bagi mengatasi masalah yang terjadi.

Sumber: 9to5Mac

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here