Samsung Galaxy S9 Akan Diumumkan Secara Rasmi 25 Februari Depan

341
**********

Hampir genap setahun Samsung Galaxy S8 dilancarkan, dan mengikut jadual Galaxy S9 pula akan diumumkan pada minggu akhir bulan hadapan. Acara perasmian yang akan berlangsung di Barcelona itu telah menjemput para media antarabangsa.

Gambar jemputan yang dihantar menunjukkan Samsung Galaxy S9 akan menggunakan tag line “The Camera. Reimagined.”. Jadi nampaknya Samsung ingin mengetengahkan fungsi kamera pada peranti terbaharu mereka.

Berdasarkan gambar yang pernah tertiris, Samsung Galaxy S9 akan hadir dengan paparan Infinity Display dengan bingkai lebih nipis. Manakala rekaan belakang akan dilengkapi dua kamera untuk versi Plus, dan satu kamera untuk versi standard. Khabar angin juga mengatakan apa yang menarik mengenai teknologi kamera Galaxy S9 versi standard ialah kemampuan menggunakan dua jenis aperture – salah satunya sensor aperture f/1.5. Malah, rakaman video turut menyokong 1080p pada 480fps.

Selain itu, Samsung Galaxy S9 versi Asia ini akan dilengkapi sistem pengecasan yang menawarkan Adaptive Fast Charging 15W sahaja berbanding versi AS yang menggunakan teknologi QuickCharge 4.0+ (27W).

Jadi dengan serba sedikit maklumat yang tertiris, adakah Samsung akan membuat lebih banyak kejutan pada perasmian kelak?

Baca juga

1. Prestasi Samsung Galaxy S9+ Telah Disahkan Melalui Keputusan Benchmark

2. [Tertiris] Kapasiti Bateri Samsung Galaxy S9 Dan S9+ Didedahkan

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here