HARGA:RM 2,099

honor View 10 merupakan sebuah telefon pintar canggih yang dijual pada harga mesra pengguna. Bukan sahaja menawarkan peranti yang pantas dan lancar malah ia juga didatangkan dengan konfigurasi dwi kamera. Bagi jurufoto amatur, kehadiran sistem dwi kamera pada peranti ini sangat membantu dan memudahkan dalam mendapatkan gambar yang baik.

Baca Juga: Bahagian 1

Jadi dengan adanya honor View 10, walaupun ia tidak sehebat lensa buatan jenama terkemuka, namun pada harga kompetitif ini ia mampu memberi saingan kepada peranti kelas-atasan lain yang berada di pasaran.

Sekarang, kita tengok hasil tangkapan dari peranti dwi lensa ini.

 

KAMERA UTAMA

Gabungan dwi kamera 12 Megapiksel dan 20 Megapiksel mampu beraksi lebih baik jika dibandingkan dengan model-model honor yang terdahulu.

Dengan sokongan aperture lebih luas, penggambaran pada waktu malam tidak perlu dibimbangkan. Bagaimanapun, cuma ada isu membuatkan kamera ini tidak dapat beraksi dengan baik adalah gambar yang diambil didapati silau pada bahagian lensa atau dipanggil lens flare.

Rakaman pada waktu malam (lens flare)
Gambar matahari terbenam
Gambar flora
Gambar makro
Mod panorama
Gambar indoor
Mod monochrome

Terdapat beberapa mod yang lain ditawarkan kepada pengguna antaranya mod profesional (gambar dan video), 3D panorama, Monochrome, HDR, Night Shot, Light Painting, Time-Lapse, Slow-mo, mod artis dan lain-lain.

Ultra snapshot ciri ekspres untuk merakam gambar

Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan ciri pintas untuk melancarkan kamera dengan hanya menekan 2x pada butang laras suara.

 

KAMERA DEPAN

Rakaman swafoto lebih jelas dengan adanya sensor kamera 8 Megapiksel, ia menawarkan ciri Beauty bagi membantu pengguna mendapatkan gambar terang dan lembut apabila swafoto.

Terdapat juga mod potret untuk merakam foto berlatar belakang kabur. Tetapi hasil boleh yang diambil tidak begitu baik kerana latar belakang masih lagi kelihatan jelas.

Hasil Gambar Swafoto
Indoor
Outdoor

Kamera depan turut diceriakan dengan ciri animasi dan efek AR. Di sini pengguna boleh mengambil swafoto dengan efek animasi dan watak kartun serta pemandangan bersama latar belakang muzik.

Akses untuk mendapatkan efek AR
Antara contoh efek yang dipilih

 

SISTEM KESELAMATAN

Ini merupakan ciri yang paling penting untuk mengelakkan peranti daripada dioperasikan oleh individu lain. Ini kerana telefon pintar merupakan sebahagian daripada hidup manusia zaman kini.

Ciri Face Unlock juga boleh menyembunyikan notifikasi pada lock screen apabila ia diaktifkan (**ciri penuh Face Unlock akan ada pada kemas kini seterusnya)

Berfungsi sebagai alat privasi yang menyimpan data, fail, gambar, dan maklumat kewangan, honor View 10 menyediakan beberapa sistem keselamatan antaranya sokongan pengimbas cap jari dan pengecaman wajah disamping pilihan kata laluan, PIN, dan paten.

 

RUMUSAN

Sepanjang reviu honor View 10, eRing mendapati peranti ini menawarkan prestasi yang baik terutamanya dari segi paparan. Kepuasan menonton video dan filem boleh dinikmati melalui paparan yang tajam serta terang. Ketahanan bateri juga tidak begitu mengecewakan malah, proses pengecasan juga mengambil masa yang tidak terlalu panjang.

Jika anda seorang pengguna yang mementingkan hiburan dan gaming sepanjang hari, ini adalah telefon yang sesuai. Bahkan, dalam masa yang sama anda juga boleh menjimatkan wang daripada mendapatkan telefon yang jauh lebih mahal. Bagi eRing, honor View 10 boleh dikategorikan sebagai flagship mampu milik setakat ini.

 

 

PRO
  • Harga berpatutan
  • Paparan hampir penuh
  • Bateri tahan lama
  • Pengecasan pantas
  • Speaker mono yang kuat
  • Butang laras suara dan hidup mudah dicapai
  • Hanya dua pilihan warna

 

KONTRA
  • Pegangan yang agak tidak selesa
  • Agak tidak selesa dipegang untuk bermain permainan (MOBA)
  • Mudah meninggalkan kesan cap jari
  • Tiada butang kapasitif di ruangan dagu panel depan
  • Modul kamera belakang yang agak tebal
  • Modul kamera mudah memerangkap kotoran

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here