OPPO Dan Qualcomm Jalin Kerjasama Hasilkan Peranti 5G Menjelang 2019

222
**********

OPPO hari ini mengumumkan mereka kini menjalinkan kerjasama dengan Qualcomm Technologies untuk menghasilkan peranti 5G tidak lama lagi. Pengumuman ini telah dibuat di Hari Teknologi Qualcomm yang berlangsung di China tempoh hari.

Tony Chen selaku Ketua Pegawai Eksekutif OPPO menyatakan bahawa syarikat mereka kini sedia untuk beralih ke era baharu menerusi teknologi 5G ke dalam industri telefon pintar. Ia juga meliputi teknologi kecerdasan buatan (AI) yang dilihat akan menjadi trend semasa pada tahun ini.

Penyelidikan dan pembangunan 5G di China telah berada di fasa ke-3 malah OPPO juga telah menjadi antara syarikat pengeluar terawal yang menyertai standard formula 5G ini. Maka menjelang tahun 2019 kelak, OPPO bakal memperkenalkan peranti 5G mereka kepada pasaran global.

Turut sama dalam majlis itu ialah pemain industri telefon pintar seperti Xiaomi, vivo, Lenovo, dan ZTE. Sebelum ini kami pernah berkongsi dimana ZTE telah mengumumkan ketersediaan mereka dalam membangunkan peranti 5G seawal tahun 2019.

Dengan adanya teknologi sebegini di masa akan datang secara tidak langsung ia akan mengubah senario pengguna terhadap penggunaan telefon pintar.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here