Nokia 6 Generasi Ke-2 Diumumkan Dengan Snapdragon 630, OZO, Dan Mod Bothie

385
**********

Baru sahaja HMD Global mengumumkan peranti terbaru untuk pembuka tahun 2018 dengan memperkenalkan Nokia 6 Generasi ke-2. Telefon pintar ini diletakkan di kelas pertengahan dengan ciri-ciri premium serta beberapa penambah baikan dari generasi sebelumnya pada tahun lepas.

Peranti ini menerima cip pemproses terbaru menerusi Qualcomm Snapdragon 630 berbanding model terdahulu menggunakan Snapdragon 430. Sekaligus, peranti ini telah dinaik taraf dengan kelajuan Octa-core sehingga 2.2 Ghz bersama memori RAM 4GB dan dua versi storan 32GB dan 64GB.

 

Imej tumpu pada kali ini membawakan ciri audio lebih berkualiti iaitu bunyi 3D berteknologi OZO dimana ia boleh merakam bunyi sekeliling dan memainkan video main-semula. Ciri baru ini tidak ada pada generasi yang pertama.

Sementara pada bahagian kamera, sebuah sensor 16 Megapiksel diletakkan pada sebelah belakang dan sensor 8 Megapiksel pada sebelah depan. Tiada perubahan perkakas dilakukan tetapi HMD Global telah memasukkan mod Bothie yang mana hanya terdapat pada Nokia 7 dan Nokia 8.

Nokia 6 Generasi ke-2 dipadankan dengan bateri 3,000mAh dan paparan 5.5-inci HD penuh 1080p sama seperti yang terdahulu dan pengimbas cap jari yang sebelum ini di bahagian dagu telah dialihkan ke bahagian belakang. Peranti ini tidak didatangkan dengan sistem Android Oreo sebaliknya dioperasikan oleh Android 7.1.1 Nougat terus dari kotak. Bagaimanapun, di masa akan datang HMD akan menyediakan kemas kini Oreo untuk peranti ini.

Setakat ini, Nokia 6 Generasi ke-2 hanya dipasarkan di negara China pada harga CNY1,499 (RM926) untuk versi 32GB dan CNY1,699 (RM1,050) untuk versi 64GB.

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here