Menghasilkan GIF Lebih Mudah Dengan Gboard Untuk Peranti iOS

734
- Iklan -
Gboard menyokong pelbagai fungsi menarik seperti carian pantas emoji berasaskan teks, carian maklumat atau gambar dari Google, carian fail GIF, dan juga menaip menggunakan kaedah leretan.

Walaupun Gboard telah dibangunkan oleh Google, pengguna peranti iOS jelas memiliki kelebihan berbanding peranti Android itu sendiri. Melalui kemas kini yang telah diterima oleh Gboard, pengguna peranti iOS mampu menghasilkan GIF jauh lebih mudah dengan kehadiran ikon kamera dengan simbol infiniti.

Pengguna peranti iOS hanya perlu klik pada ikon tersebut dan dengan menggunakan bantuan kamera depan atau belakang, mereka boleh membuat rakaman dalam dua mod berbeza iaitu Loop ataupun Boomerang. Walaupun fungsi ini telah tersedia sejak September 2017 yang lalu, kebanyakan daripada pengguna tidak menyedari kewujudannya kerana ia tersembunyi di sebalik butang emoji.

Jadi dengan meletakkan ikon untuk menghasilkan GIF pada bahagian atas papan kekunci, pengguna mampu mengaksesnya dengan lebih mudah dan pantas.

Muat turun: Gboard untuk iOS

- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here