Jam Pintar Samsung Gear S4 Mungkin Dikuasakan Bateri Pada Tali

234
**********

Jam pintar adalah peranti boleh-pakai yang semakin diterima ramai. Setiap notifikasi dan panggilan akan dipaparkan pada skrin jam tanpa perlu membuka telefon. Akan tetapi, jika terlalu banyak notifikasi yang masuk mungkin jam tersebut akan kehabisan bateri.

Jika Samsung ingin meningkatkan jumlah kapasiti bateri sudah semestinya memerlukan ruang yang besar sekaligus mungkin jam pintar tidak menjadi nipis sebaliknya tebal dan berat. Kali ini, Samsung cuba mencari jalan alternatif dengan menghasilkan bateri pada tali jam. Integrasi ini mungkin akan menjimatkan ruang malah rekaan pada kerangka jam boleh dioptimumkan.

Samsung dikhabarkan akan menggunakan bateri yang nipis serta boleh lentur di kedua-dua belah tali Gear S4 akan datang. Penggunaan bateri pada tali ini tidak terhad pada jenis material. Jadi kemungkinan Samsung Gear S4 akan ditawarkan dengan pilihan tali jenis getah, nylon, polimer, fiber, ataupun kulit.

Disebabkan ruang asal bateri telah dijimatkan, Samsung akan memasukkan perkakas lain pada badan jam antaranya kamera, sensor pengimbas cap jari, kadar degupan jantung, infrared, dan proximity.

Jika perubahan ini benar-benar berlaku pada generasi Samsung Gear akan datang, sudah pasti ia akan mendapat sambutan yang tinggi.

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here