HTC U11+ Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM3,099

639

Bermula 15 Januari 2018 sehingga 21 Januari 2018 ini, pengguna di Malaysia sudah boleh membuat pra-tempah model terbaik yang pernah dihasilkan oleh HTC dengan pelancaran rasmi HTC U11+ yang berlangsung pada hari ini. Tersedia dalam warna Translucent Black, HTC U11+ boleh dibeli pada harga RM3,099 melalui Brightstar Distribution Sdn Bhd ataupun pengedar sah di seluruh negara pada 22 Januari 2018 nanti.

HTC U11+ boleh dipra-tempah secara dalam talian di Lazada, 11Street atau Shopee. Pelanggan yang membuat tempahan awal akan menerima edisi pra-tempah istimewa yang menawarkan hadiah percuma bernilai lebih RM250 seperti sarung simpanan telefon yang diperbuat daripada kulit, Powerbank berkapasiti 8000mAh, kit perjalanan, buku nota U, lanyard dan juga tempat untuk meletakkan telefon.

Sebagaimana yang eRing telah kongsikan sebelum ini, HTC U11+ tampil dengan nisbah paparan skrin 18:9 yang mencecah 6 inci dalam saiz kerangka yang kompak. Di sebalik rekaan panel belakang lut sinar yang unik ini, ia turut menjanjikan ketahanan bateri yang lebih baik dengan sokongan bateri berkapasiti 3930 mAh. Ketiadaan port 3.5mm audio jack tidak menjadi masalah kerana pakej pembelian turut didatangkan sekali dengan kabel USB Type-C ke 3.5mm audio jack yang memiliki ciri penguat bunyi terbina-dalam.

Untuk maklumat lanjut mengenai HTC U11+ dan juga senarai pengedar rasmi, anda boleh melayari laman rasmi Brightstar.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here