HTC U11 EYEs Menampilkan Sokongan Dwi Kamera Depan Bersama Face Unlock

655
- Iklan -

HTC yang baru menyertai trend semasa dengan paparan memanjang melalui HTC U11+ kini memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar terbaru yang diberi nama HTC U11 EYEs.

Peranti ini memiliki skrin dengan nisbah 18:9 bersaiz 6-inci yang didatangkan dengan cip pemproses pertengahan Snapdragon 652. Disokong oleh RAM 4GB, ia juga menyediakan storan sebanyak 64GB yang boleh diperluaskan dengan kad microSD.

HTC U11 EYEs diperkukuhkan dengan binaan berasaskan kaca yang menempatkan satu kamera 12 Megapiksel UltraPixel OIS f/1.7 aperture. Rakaman video pula membolehkan pengguna merakam video gerak perlahan pada 120fps.

Apa yang ingin diketengahkan pada peranti ini, ia mempunyai dwi kamera hadapan 5 Megapiksel dengan aperture f/2.2 yang membolehkan pengguna membuka peranti menerusi ciri Face Unlock. Penggambaran kamera depan juga mampu merakam foto dengan latar belakang kabur (bokeh) di samping ciri AR Snapchat.

Dengan ukuran badan 157.9 x 74.99 x 8.5mm dan seberat 185g, telefon ini turut dimuatkan dengan bateri sebesar 3,930mAh. Dikemaskan dengan bodi Liquid Surface, ia didatangkan dengan pilihan warna Merah, Kelabu, Biru, dan Hitam.

Melengkapkan peranti ini, terdapat sokongan kalis air IP67, Bluetooth 4.2, WiFi 802.11 a/b/g/n/ac, USB-C, dan ciri genggaman untuk melancarkan aplikasi yang dipanggil HTC Edge Sense.

HTC U11 EYEs diperkenalkan dengan tanda harga sekitar $505 (RM2,000) seunit. Setakat ini, tiada maklumat mengenai pasarannya di Malaysia

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here