HTC 10 Mula Menerima Kemas Kini Android 8.0 Oreo

630
- Iklan -

Pada Ogos tahun lalu HTC telah mengesahkan bahawa peranti kelas atasan HTC 10, HTC 11, dan HTC U Ultra akan menerima Oreo. Selepas dua bulan pengumuman dibuat, peranti pertama yang dikemas kini ialah HTC 11.

Hari ini syarikat Taiwan itu mula menawarkan kemas kini terbaru Android 8.0 Oreo kepada para pengguna HTC 10 pula. Dengan membawakan versi 3.16.617.2, ia didatangkan bersama perisian bersaiz sebesar 1.8GB.

Anda yang menggunakan peranti HTC 10 boleh memuat turun versi Android terbaru dengan menggunakan cara OTA (Over-The-Air) bermula hari ini. Perlu dipastikan liputan WiFi sentiasa dalam keadaan stabil dan tidak terputus bagi mengelakkan isu perisian di masa akan datang.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here