Honor Umum 9 Peranti Akan Menerima Android 8.0 Oreo

1139

Honor baru sahaja mengumumkan barisan peranti yang bakal menerima kemas kini sistem operasi terbaru Android 8.0 Oreo. Dalam pengumuman itu, mereka mengesahkan pengguna peranti honor 7X, honor 8, honor V8, honor Note 8 , honor 8 Lite, honor 9 Lite, honor V9, dan honor View 10 (V10) tersenarai untuk kemas kini tersebut.

Maka dalam beberapa bulan akan datang pengguna peranti yang ini bakal menikmati antaramuka baru serta ciri menarik yang didatangkan sekali bersama EMUI 8.0. Manakala untuk honor 7X dan honor View 10 di Malaysia, anda akan ditawarkan ciri pengecaman wajah Face Unlock.

Pada masa sama, honor juga kekal dengan keputusan untuk tidak memberi Android Oreo kepada para pengguna honor 8 seluruh dunia. Sungguhpun begitu, mereka ini masih menerima perubahan dari segi antaramuka seakan Android Oreo menggantikan antaramuka Android Nougat sedia ada dalam kemas kini akan datang.

Jadi bagi 9 pengguna peranti ini, anda kini boleh menarik nafas lega.

Sumber (bahasa Cina)