Energizer Power Max P600S – Telefon Pintar Dengan Bateri 4,500mAh

779
**********

Energizer sebuah syarikat yang terkenal menghasilkan bateri kali ini memperkenalkan telefon pintar terbaru iaitu Energizer Power P600S. Masih mengekalkan identiti sebagai pembekal sumber tenaga, Energizer turut meletakkan peranti ini dengan bateri sebesar 4,500mAh bersama skrin nisbah 18:9 bersaiz 5.99-inci beresolusi 1080 x 2160p.

Dikuasakan oleh cip pemproses MediaTek P25 Octa-core 2.5GHz dan grafik Mali-T880 MP2, ia juga dipadankan dengan RAM 3GB dan storan sebanyak 32GB. Manakala satu lagi varian menawarkan kapasiti memori sebesar 6GB dan 64GB, kedua-dua varian menyokong slot kad microSD sehingga 256GB.

Sudut penggambaran pula, peranti ni membawakan fungsi dwi kamera 13MP + 5MP di belakang dan 8 Megapiksel untuk kamera depan. Bagi menyerlahkan rupa fizikal luaran, panel belakang turut dikemaskan dengan bahan berasaskan karbon fiber.

Energizer Power Max P600S dioperasikan Android Nougat terus dari kotak dan ia akan mula dijual pertengahan bulan ini di laman atas talian Amazon. Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai ketersediaannya di pasaran Asia khususnya Malaysia.

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here