Dua Insiden Bateri iPhone Terbakar Ketika Sedang Dibaiki Di Kedai Apple

558
**********

Telefon pintar merupakan antara alat elektronik yang paling penting dalam memastikan kelancaran pelbagai aktiviti harian. Sungguhpun begitu, tanpa kita sedar alat elektronik yang kecil ini juga sebenarnya boleh mengancam nyawa kerana bateri adalah komponen penting yang paling berisiko untuk menjadi punca kebakaran.

Apple Store di Zurich, Switzerland.

Baru-baru ini dua insiden bateri iPhone terbakar dilaporkan telah berlaku di kedai Apple yang berbeza. Insiden pertama terjadi di kedai Apple yang terletak di Zurich, Switzerland, yang mana sebuah bateri iPhone dikatakan telah terbakar ketika seorang pekerja di kedai rasmi Apple itu dalam proses untuk mengeluarkan bateri tersebut. Di sebabkan oleh kejadian itu, pekerja terbabit telah mengalami kecederaan pada tangan, manakala tujuh individu telah menerima rawatan. Menurut pihak polis tempatan, seramai 50 orang pekerja dan pelanggan telah diarahkan meninggalkan premis itu disebabkan oleh asap yang tebal.

Apple Store di Valencia, Sepanyol.

Sehari selepas insiden pertama, kejadian yang sama turut berlaku di kedai Apple yang terletak di Valencia, Sepanyol. Namun kali ini bateri iPhone yang sedang dibaiki dikatakan telah meletup dan bukan sekadar terbakar. Tindakan pantas pekerja untuk meletakkan pasir pada bateri yang meletup itu dan dalam masa yang sama membuka tingkap serta pintu kedai, dilihat telah berjaya menangani situasi tersebut. Tiada kecederaan yang dilaporkan oleh pihak bomba dan polis berhubung insiden itu.

Sumber: AppleInsider

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here