CES 2018 : Speaker Tanpa Wayar Sony EXTRA BASS Kini Dilengkapi Ciri ‘Party Booster’

556
**********

Kemeriahan parti kini lebih dirasai dengan kehadiran tiga model speaker tanpa wayar terbaru iaitu Sony EXTRA BASS. Sempena acara CES 2018, Sony telah mengumumkan kehadiran model SRS-XB41, SRS-XB31, dan juga SRS-XB21 yang disasarkan untuk pengguna yang inginkan speaker paling sesuai untuk digunakan di dalam parti.

SRS-XB41 akan mula dijual di Malaysia mulai Jun 2018 dan boleh didapati dalam warna Black, White, Dark Red, dan Dark Blue.

Sony EXTRA BASS menjanjikan kualiti bunyi terbaik dengan pengalaman mendengar muzik dalam tiga dimensi melalui sokongan pemproses isyarat digital (DSP) baru yang menawarkan mod LIVE SOUND. Malah anda juga boleh menyambungkan speaker ini sehingga ke 100 buah speaker Sony EXTRA BASS yang lain bagi menghasilkan rantaian parti tanpa wayar untuk efek bunyi yang jauh lebih hebat. Bagi menghasilkan persekitaran parti yang lebih meriah, speaker ini turut dilengkapi dengan efek lampu yang akan dinyalakan mengikut rentak muzik.

SRS-XB31 akan mula dijual di Malaysia mulai Jun 2018 dan boleh didapati dalam warna Black, White, Two-tone Red, Two-tone Blue, dan Two-tone Yellow.

Sokongan ciri ‘Party Booster’ turut menjanjikan keunikan kerana speaker ini boleh dijadikan sebagai alat untuk mengesan bunyi ketukan dari 5 arah berlainan bagi menghasilkan bunyi dan efek cahaya, sekaligus menjanjikan kemeriahan berhibur yang lebih interaktif. Penggunaan fabrik dan juga rekaan yang kalis air serta debu dengan pengiktirafan IP67 turut menjanjikan ciri tahan lasak, sesuai untuk digunakan di mana jua anda berada.

SRS-XB21 akan mula dijual di Malaysia mulai Jun 2018 dan boleh didapati dalam warna Black, White, Red, Blue dan Yellow.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here