CES 2018 : Samsung Umumkan Soundbar Boleh-Lekap NW700 Sound+

280
**********

Samsung hari ini memperkenalkan kepada pengunjung di CES 2018 dengan produk di bawah siri audio iaitu NW700 Sound+, sebuah soundbar premium terbaru keluaran Samsung Audio Lab, California. Model ini juga telah memenangi anugerah dengan membawakan ciri-ciri seperti pembatalan herotan bunyi (distortion-cancelling), bunyi tweeters lebih luas (wide-range), dan kawalan speaker berbilang (multi-speaker).

NW700 Sound+ didatangkan dengan rekaan nipis dan kemas yang boleh digantung di dinding sesuai dipadankan dengan TV masa kini. Dengan ketebalan hanya 53.3mm, ia 41% lebih nipis berbanding model yang terdahulu. Bunyi yang dinamik disalurkan melalui subwoofer binaan dalaman mampu menjimatkan ruang sambil memberikan hiburan yang imersif.

Teknologi yang didatangkan bersama membolehkan soundbar ini menghemburkan bunyi bass yang padat tanpa menjejaskan kejelasan suara. Soundbar ini menyokong tiga mod audio antaranya mod standard dan mod sekeliling serta mod pintar dimana ia boleh mengawal prestasi suara secara automatik.

Samsung NW700 Sound+ sangat sesuai bagi mereka yang inginkan konsep dalaman rumah yang moden dan sistem teater rumah yang kompak.

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here