CES 2018 : Huawei Mate 10 Pro Tembusi Pasaran AS Secara Rasmi

555

Pada CES 2018, Huawei sebagai salah satu pemain yang menyertai CES 2018 di Las Vegas mengumumkan peranti tercanggih mereka kini telah berjaya dibawa masuk ke pasaran Amerika Syarikat. Para peminat Huawei yang berada di negara itu kini boleh memiliki Huawei Mate 10 Pro melalui kedai atas talian Best Buy, Amazon, Microsoft, Newegg, dan B&H bermula 18 Ferbuari depan tetapi mereka boleh membuat pra tempahan pada 4 Ferbuari 2018.

Dijual dengan tanda harga $799 (RM3,188), pengguna AS boleh mendapatkan dengan pilihan warna Midnight Blue dan Mocha Brown malah lebih istimewanya warna Titanium Grey turut ditawarkan di sana tidak seperti di Malaysia yang hadir dengan dua pilihan warna sahaja. Di AS, kebanyakan set peranti dijual bersama kad SIM telkom tertentu – antara yang biasa kita dengar ialah AT&T, Cricket, MetroPCS, Simple Mobile, dan Tracfone. Akan tetapi dengan penjualan set unlocked, pengguna bebas untuk memilih mana-mana rangkaian telkom yang diinginkan.

Selain itu, pengguna AS yang inginkan Huawei Mate 10 dalam versi Porsche Design, mereka boleh mendapatkannya pada harga $1,225 (RM4,887) – lebih murah berbanding harga runcit yang ditawarkan di Malaysia.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here