CES 2018 : Acer Swift 7 Laptop Ternipis Dunia Setebal 8.98mm

318
**********

Acer hari ini memperkenalkan laptop ternipis dunia dengan membawakan Swift 7 yang direka hanya dengan ketebalan 8.98mm. Laptop mudah alih ini direka bagi mereka yang inginkan peranti mudah dibawa serta ringan.

Dikuasakan oleh pemproses bertenaga Intel Core i7, ia juga menerima kapasiti memori 256GB SSD dan 8GB LPDDR3. Terdapat pengimbas cap jari di bahagian papan kekunci dan laptop ini juga menyediakan slot e-SIM untuk sambungan rangkaian telekomunikasi 4G LTE.

Dengan saiz skrin 14-inci HD penuh, paparan IPS dan pad sesentuh dikatakan tahan lasak dengan sokongan Corning Gorilla Glass NBT.

Acer Swift 7 akan berada di pasaran mulai bulan Mac depan pada harga $1,699 (sekitar RM6,806) seunit.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here