Apple Akan Menghentikan Pengeluaran iPhone X Apabila Model Baharu Diperkenalkan

800

Sebelum ini ada sumber yang telah melaporkan bahawa permintaan terhadap model iPhone X dilihat kurang mendapat sambutan. Perkara ini mungkin disebabkan oleh harga jualannya yang sangat tinggi dan kebanyakan pengguna lebih cenderung untuk memiliki model alternatif seperti iPhone 8 dan juga 8 Plus.

Baru-baru ini penganalisa terkenal dari KGI Securities iaitu Ming-Chi Kuo telah mengeluarkan kajian terbaru yang mengatakan bahawa Apple akan terus menghentikan pengeluaran iPhone X dan tidak bercadang untuk menurunkan harga jualannya sebagaimana yang sering dilakukannya sebelum ini. Menurutnya lagi, penurunan harga iPhone X dirasakan tidak relevan kerana perkara ini akan mengganggu jualan model baharu iPhone kelas pertengahan yang menyokong paparan LCD 6.1 inci dengan Face ID.

Untuk tahun 2018 ini Apple dijangka hadir dengan tiga model baharunya iaitu iPhone X 5.8 inci generasi kedua yang akan mengekalkan harga jualan sama seperti model sedia ada, manakala versi 6.5 inci pula akan dikenali sebagai iPhone X Plus dan kelas pertengahannya dengan paparan berukuran 6.1 inci.

Ramalan harga jualan iPhone bagi tahun 2018:
  • iPhone SE : USD349 (kira-kira RM1,355)
  • iPhone 7 dan 7 Plus : USD449 (kira-kira RM1,744) dan USD569 (kira-kira RM2,210)
  • iPhone 8 dan 8 Plus : USD549 (kira-kira RM2,133) dan USD669 (kira-kira RM2,599)
  • (Baru) iPhone 6.1 inci dengan Face ID : USD649 (kira-kira RM2,521) dan USD749 (kira-kira RM2,910)
  • (Baru) iPhone X 5.8 inci generasi kedua : USD999 (kira-kira RM3,881)
  • (Baru) iPhone X Plus 6.5 inci generasi kedua : USD1,099 (kira-kira RM4,269)

*Harga di atas merupakan harga ramalan untuk pasaran di Amerika Syarikat dengan nilai tukaran mata wang USD1 bersamaan RM3.88.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here