Android 8.0 Oreo Untuk Honor 8 Seperti Yang Dijanjikan Ditarik Semula

808
- Iklan -

Pada bulan lalu, CEO Honor, George Zao yang di temuramah mengatakan peranti keluaran mereka honor 8 dan honor 8 Pro akan menerima kemas kini Android 8.0 Oreo. Kenyataan itu lantas telah menggembirakan hati ramai pengguna yang inginkan sistem pengoperasian terbaru.

Bagaimanapun, setelah sebulan pengumuman itu dibuat oleh CEO tersebut, honor India kini mengesahkan honor 8 tidak akan menerima kemas kini Android Oreo disebabkan oleh perkakasan dan perisian yang terhad.

Honor memaklumkan peranti itu hanya akan menerima patch keselamatan apabila perlu untuk bebearapa tahun akan datang. Sekaligus menimbulkan tanda tanya mengapa telefon sebegini tidak ditawarkan sedangkan telefon yang mempunyai spesifikasi rendah masih mampu menyokongnya.

Dengan keputusan yang dibuat, adakah anda yang menggunakan peranti ini berasa kecewa?

Sumber

- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here