**********

Dengan menggunakan slogan “for gamers, by gamers”, Razer dengan bangganya telah memperkenalkan smartphone pertama keluarannya yang sudah tentunya memfokuskan kepada aspek permainan mudah alih.

Baca Juga:

Kemunculan Razer Phone yang baru sahaja dilancarkan secara rasmi baru-baru ini sememangnya sangat dinanti-nantikan oleh ‘kaki game’ kerana ia tlah membawakan sokongan spesifikasi yang sangat sesuai untuk golongan tersebut. Jadi apa kata anda teruskan membaca ruangan ini bagi melihat sendiri apakah keistimewaan dan juga ciri-ciri menarik yang dimiliki oleh Razer Phone…

 

5 KEISTIMEWAAN RAZER PHONE

CIRI-CIRI 1 : PAPARAN
#1. Paparan ‘120Hz UltraMotion’ Yang Pertama Di Dunia

Kelebihan sokongan paparan skrin dengan teknologi ‘120Hz Ultramotion’ yang pertama pernah digunakan pada smartphone ini menjanjikan paparan tanpa isu motion lag (pergerakan yang tersekat-sekat) dan juga efek ghosting. Sememangnya paparan 120Hz ini terasa jauh lebih sempurna dan lancar berbanding paparan skrin biasa.

Manakala UltraMotion pula merupakan teknologi yang mampu memastikan GPU dan paparan skrin sentiasa menjalankan proses synchronization secara dinamik bagi memastikan kelancaran paparan dan juga penambahbaikan ketahanan bateri yang jauh lebih baik.

#2. Kombinasi Teknologi Skrin Terbaik

Paparan skrin pada Razer Phone boleh dianggap yang terbaik di pasaran kerana ia menggabungkan antara teknologi terbaik boleh anda dapati pada smartphone pada masa ini. Ini jelas dapat dilihat melalui penggunaan paparan skrin berukuran 5.7 inci dengan resolusi 1440 x 2560 piksel, kadar refresh 120Hz, skrin ‘UltraMotion’, gamut warna yang luas dan hadir dengan paparan berkualiti dari IGZO LCD.

 

CIRI-CIRI 2 : AUDIO
#1. Kualiti Audio Sinematik

Pengalaman audio Razer Phone sememangnya memukau kerana ia bukan sahaja menyokong speaker stereo yang terletak pada bahagian panel depan, malah ia juga turut dilengkapi dengan teknologi audio terbaik dari Dolby Atmos. Tidak cukup dengan itu, ia juga menjadi smartphone pertama di dunia yang menerima pengiktirafan audio dari THX.

Kombinasi antara speaker stereo yang menyokong amplifier berasingan dan juga teknologi audio terbaik, ia sememangnya menjanjikan pengalaman multimedia yang lebih sempurna kerana ia berupaya menghasilkan audio dengan efek sinematik.

#2. Headphone Dengan 24-bit DAC

Ketiadaan port 3.5mm audio jack pada Razer Phone mungkin sedikit mengecewakan bagi sesetengah pengguna, tetapi penyingkiran port itu ternyata tidak sia-sia apabila ia telah menampilkan sokongan adapter 3.5mm audio jack ke USB Type-C dengan keupayaan 24-bit DAC.

Apa yang pasti, pengalaman bermain permainan mudah alih, mendengar muzik ataupun menonton video dengan sambungan headphone terasa jauh lebih baik.

 

CIRI-CIRI 3 : PRESTASI
#1. Qualcomm Snapdragon 835 + RAM 8GB

Sesuai dengan fokus utama Razer Phone sebagai sebuah smartphone ‘gaming’, ia telah dikuasakan dengan spesifikasi terbaik iaitu Qualcomm Snapdragon 835 dan juga RAM berkapasiti 8GB.

Ini jelas memperlihatkan bahawa Razer Phone memiliki kapasiti RAM yang jauh lebih besar berbanding peranti flagship yang lain seperti iPhone 8 Plus (3GB), LG V30 (4GB) dan juga Samsung Galaxy Note8 (6GB). Malah sokongan memori 8GB ini juga menyamai kapasiti RAM yang digunakan pada MacBook Pro.

#2. Prestasi Pengaliran Haba Terbaik

Sokongan spesifikasi yang berkuasa dengan rekaan kerangka logam unibodi pada Razer Phone sememangnya memerlukan pengaliran haba yang terbaik. Ini sangat penting dalam memastikan prestasi peranti sentiasa pada tahap optimum dan mampu mengelakkan daripada isu overheating ketika permainan dengan grafik tinggi dimainkan.

Di dalam acara tersebut, Razer Phone dikatakan memiliki prestasi pengaliran haba terbaik bagi sebuah smartphone. Sungguhpun begitu, Razer tidak pula berkongsi dengan lebih terperinci berhubung perkara tersebut.

 

CIRI-CIRI 4 : BATERI
#1. Sokongan Bateri 4,000mAh

Prestasi yang berkuasa sudah tentunya memerlukan bateri dengan kapasiti yang besar. Menyedari akan kepentingan tersebut, Razer Phone telah dilengkapi dengan bateri berkapasiti mencecah sehingga 4,000mAh.

Ini dilihat berbeza dengan kebanyakan pengeluar yang mengambil pendekatan untuk tampil dengan bateri berkapasiti lebih kecil bagi menampilkan rekaan kerangka yang nipis dan kompak.

#2. Qualcomm Quick Charge 4+

Sokongan kapasiti bateri yang besar sudah tentunya memerlukan teknologi pengecasan pantas bagi memastikan masa mengecas yang lebih cepat. Oleh itu, Razer Phone telah menjadi smartphone pertama di dunia yang menyokong teknologi pengecasan Qualcomm Quick Charge 4+.

Ini bermakna anda boleh mengecas dari 0% hingga 85% atau bersamaan dengan 3,400mAh dalam tempoh satu jam menggunakan teknologi terbaru dari Qualcomm.

 

CIRI-CIRI 5 : KAMERA
#1. Dwi Kamera

Sebagaimana trend peranti flagship yang lain, Razer Phone turut dilengkapi dengan keupayaan penggambaran dwi kamera. Kedua-dua lensa ini menyokong sistem kamera sama seperti Apple iPhone 8 Plus dan juga Samsung Galaxy Note8 dengan penyediaan satu lensa bersudut luas dan satu lensa telefoto dengan kemampuan 2x zum optikal.

Untuk lensa pertama ia menyokong resolusi 12 Megapiksel dengan aperture f/1.75, manakala lensa kedua pula beresolusi 13 Megapiksel dengan aperture f/2.6.

 

HASIL GAMBAR

 

#2. Zum Lebih Lancar

Walaupun menyokong dua lensa berasingan, fungsi 2x zum optikal pada Razer Phone menawarkan terasa jauh lebih lancar berbanding kebanyakan peranti lain di pasaran. Ini kerana anda boleh melihat proses zum secara berperingkat dan bukannya terus bertukar dari lensa sudut luas ke lensa telefoto secara drastik.

Proses 2x zum optikal yang lebih lancar ini berjaya dicapai melalui gabungan gambar yang diambil menggunakan kedua-dua lensa itu secara serentak.

 

SPESIFIKASI RAZER PHONE

OS & UI
  • Android 7.1.1 Nougat
  • Kemas kini Android 8.0 Oreo (suku pertama 2018)
  • Nova Launcher Prime Razer Edition
Cipset
  • Qualcomm MSM8998 Snapdragon 835
  • Octa-core (4x 2.35GHz Kryo + 4x 1.9GHz Kryo)
  • Adreno 540
Memori
  • 64GB (UFS)
  • 8GB (LPDDR4)
  • microSD (sehingga 2TB)
Paparan
  • 5.7 inci IGZO LCD
  • 1440 x 2560 piksel (515 ppi)
  • 120Hz UltraMotion + Wide Color Gamut
  • Corning Gorilla Glass 3
Kamera Utama
  • 12 Megapiksel (sudut luas) + 13 Megapiksel (telefoto)
  • Aperture f/1.75 + Aperture f/2.6
  • Dual PDAF
  • Dual Tone LED Flash
Kamera Depan
  • 8 Megapiksel
  • Aperture f/2.0
Bateri
  • Lithium Ion
  • 4,000mAh
  • Qualcomm Quick Charge 4+
Speaker
  • Stereo (speaker terletak pada panel depan)
  • Dual amplifiers
  • Dolby ATMOS
  • Audio Adapter dengan THX DAC
Sambungan
  • WiFi 802.11 a/b/g/n/ac
  • Bluetooth v4.2
  • NFC
Dimensi
  • 158.5 x 77.7 x 8 mm
  • 197g
Pengimbas Cap Jari
  • Diintegrasikan pada butang kuasa

 

HARGA & KETERSEDIAAN

Razer Phone dijual pada harga USD699 atau bersamaan kira-kira RM2,931 (USD1 = RM4.19) dan boleh ditempah secara atas talian bermula 1 November 2017 yang lalu di Razer Store.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here