vivo Y65 Di Bawa Masuk Ke Pasaran Tempatan Pada Harga RM799

3068

vivo Malaysia mengembangkan pasaran mereka dengan memperkenalkan vivo Y65 ke pasaran tempatan. Telefon pintar kelas pertengahan menawarkan harga RM799 seunit.

Peranti ini hadir dengan skrin berukuran 5.5 inci HD dengan resolusi paparan 1280 x 720 piksel. Dioperasikan oleh Android 7.1, ia turut dijana oleh bateri sebesar 3,000mAh dan cip pemproses Qualcomm Snapdragon Quad Core 1.4GHz. Dibantu pula dengan memori RAM 3GB dan storan 16GB, ia juga menyokong dwi kad SIM serta satu slot kad untuk microSD.

Smart Split 3.0

Lensa penggambaran pula dibekalkan dengan kamera utama 13 Megapiksel f/2.2 dan 5 Megapiksel f/2.2 di bahagian depan. Peranti ini menyediakan mod menarik untuk kamera depan seperti Face beauty serta Potrait. Selain itu, terdapat juga fungsi WiFi, GPS, HotSpot, dan Bluetooth turut sama disertakan.

Bermain permainan mudah alih

vivo Y65 mula dijual hari ini (8 Disember 2017) di kebanyakan pengedar sah vivo seluruh negara dan juga menerusi Lazada.

SPESIFIKASI

  • OS : Android 7.1 Nougat + FunTouch OS 3.2
  • CPU : Qualcomm Snapdragon, Quad Core 1.4GHz
  • Dimensi : 153.56 x 75.79 x 7.49mm / 157g
  • Skrin : 5.5 inci HD IPS 1280 x 720 piksel (267 ppi), 2.5D & Gorilla Glass 3
  • Memori : ROM 16GB / RAM 3GB
  • Kamera Utama : 13 Megapiksel f/2.2 Auto Fokus & Dual Tone LED Flash
  • Kamera Swafoto : 5 Megapiksel f/2.0 & Softlight Flash
  • Bateri: 3000mAh
  • Sambungan : WiFi, LTE, VoLTE, Bluetooth 4.2, OTG, GPS, A GPS, Dual SIM
  • Warna : Champagne Gold & Rose Gold

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here