**********

Xiaomi sememangnya terkenal di kalangan pengguna di negara ini kerana ia telah memperkenalkan pelbagai model keluarannya pada harga yang mampu milik. Sungguhpun begitu, penggunaan antaramuka MIUI telah membataskan kebanyakan daripada fungsi yang telah ditawarkan pada antaramuka asal Android itu sendiri.

Baca Juga:

Kini dengan kemunculan model Xiaomi Mi A1 yang dioperasikan dengan platform Android One yang mengekalkan antaramuka asal Android, sudah tentunya mampu menarik lebih ramai pengguna tempatan untuk memilikinya.

Jadi bagi mengoptimumkan lagi keupayaan serta fungsi Xiaomi Mi A1, kami akan berkongsi himpunan tip menarik untuk anda yang ada memiliki peranti ini…

 

Tip 1 : Menutup Tetingkap Skrin ‘Google’

1) Akses paparan utama homescreen.

2) Sentuh paparan skrin selama beberapa saat sehingga menu homescreen dipaparkan dan seterusnya klik pada menu Settings.

3) Tutup atau matikan menu ‘Show Google App’.

 

Tip 2 : Mematikan Fungsi Getaran Pada Butang Kawalan

1) Akses Settings pada peranti.

2) Pilih menu Sound.

3) Tatal paparan skrin ke bawah dan pilih menu Other Sounds.

4) Klik pada butang ‘Vibrate on tap’ untuk mematikan fungsi getaran pada butang kawalan.

 

Tip 3 : Mengaktifkan Akses Pantas Aplikasi Kamera

1) Akses Settings pada peranti.

2) Tatal paparan skrin ke bawah dan pilih menu Gestures.

3) Aktifkan fungsi untuk mengakses aplikasi kamera dengan pantas dengan menghidupkan butang pada menu ‘Jump to Camera’. Kini anda boleh mengakses kamera dengan hanya menekan butang kuasa sebanyak dua kali.

 

Tip 4 : Leretan Pada Sensor Pengimbas Cap Jari Untuk Memaparkan Notifikasi

1) Akses Settings pada peranti.

2) Kemudian tatal paparan skrin ke bawah dan klik pada menu Gestures.

3) Klik pada butang ‘Swipe for notifications’. Kini anda boleh terus memaparkan ruangan notifikasi dengan meleretkan jari pada sensor pengimbas cap jari.

 

Tip 5 : Paparan Peratusan Bateri Pada Bar Status

1) Leretkan jari dari atas ke bawah skrin untuk memaparkan Quick Settings, kemudian sentuh ikon ‘Settings’ selama beberapa saat.

2) Secara automatik menu baharu akan dipaparkan pada ruangan Settings iaitu System UI Tuner.

3) Klik pada menu System UI Tuner dan tatal skrin ke bawah dan klik pada menu Status bar.

4) Klik pada menu Battery.

5) Pilih menu Always show percentage untuk memaparkan peratusan bateri pada ikon bateri di bar status.

 

Tip 6 : Mengakses Peranti Menggunakan Pengecaman Wajah

1) Walaupun tidak menyokong sensor pengecaman wajah, anda sebenarnya boleh menggunakan kaedah pengecaman wajah untuk mengakses peranti yang telah dikunci. Caranya adalah dengan mengakses Settings pada peranti.

2) Tatal skrin ke bawah dan pilih menu Security.

3) Seterusnya klik pada menu Smart Lock.

4) Masukkan dan sahkan nombor PIN anda.

5) Sebaik sahaja nombor PIN berjaya disahkan, pilih menu Trusted face.

6) Klik pada butang ‘Improve face-matching’. Halakan kamera depan pada wajah anda untuk proses pengecaman dijalankan. Apabila berjaya anda boleh mengakses peranti dengan memandang pada peranti sahaja.

 

Ah~~macam mana? Walaupun sikit tapi amat berguna kan?! Let’s Share!

~Sharing is caring~

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here