Sony Malaysia Melancarkan Speaker Gergasi Dinamakan MUTEKI

831
- Iklan -
Mr. Satoru Arai (dua kanan) bersama pasukan Sony Malaysia

Sony Malaysia baru-baru ini melancarkan speaker gergasi yang diberi nama MUTEKI (MHC-V90DW) untuk pasaran tempatan. Menariknya, speaker MUTEKI ini mensasarkan golongan amatur yang gemarkan muzik tanpa batasan. Apa bestnya, anda juga boleh ciptakan satu konsert dimana ia boleh disambungkan kepada lebih 10 speaker serentak melalui WiFi atau wayar.

Kalau ada jamuan reunion kawan sekolah lama, ia juga boleh digunakan sebagai pembesar suara, malah majlis keramaian atau hari jadi MUTEKI dijadikan tempat untuk anda berkaraoke. Nak ber-DJ? boleh saja kalau anda ada aplikasi Sony Music. Tak perlu menggosok ‘piring’ lagi, gosok saja skrin telefon, MUTEKI sedia menggegar pesta anda.

MUTEKI (MHC-V90DW)

Speaker mudah alih terbesar pernah dihasilkan oleh Sony ini dianggarkan seberat 60kg dan tinggi 170sm. Ia juga boleh menukarkan suara lelaki kepada wanita atau sebaliknya hanya dengan satu butang. Untuk kelihatan ceria dan bersinar di dalam gelap, setiap pembesar suara memiliki lampu yang boleh bertukar warna.

Pada mulanya kami ingatkan harga mencecah lima angka ringgit Malaysia, tetapi MUTEKI cuma ditawarkan pada harga RM2,999 seunit di kesemua kedai konsep Sony seluruh Malaysia bermula hari ini.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here