Sharp Aquos S2 Mula Dijual Pada Harga RM1,299 Di Malaysia

787
**********

Sharp sebuah jenama yang berasal dari Jepun hari ini mengumumkan sebuah telefon pintar terbaru Sharp Aquos S2 akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Bagi yang belum tahu, Sharp sebelum ini pernah menjadi pengeluar yang terawal menghasilkan paparan hampir penuh pada telefon pintar.

Jadi dengan model terbaru ini ia menampilkan sebuah peranti kelas pertengahan yang hadir dengan paparan 5.5 inci HD penuh pada reseolusi 2040 x 1080p. Sementara di bahagian dagu Aquos S2 masih memadankan sokongan pengimbas cap jari.

Perkakasan dalaman dimuatkan dengan set cip Snapdragon 630 bersama memori 4GB dan storan seluas 64GB. Dari segi penggambaran, ia dilengkapi dwi kamera utama menerusi sensor 12MP + 8MP di belakang. Manakala, kamera depan yang terletak di tengah-atas menawarkan kamera 8 Megapiksel untuk berswafoto.

Menjana peranti ini pula, Sharp telah memasukkan sistem operasi Android bersama integrasi kecerdasan pintar (AI) melalui antaramuka Smile UX. Bagi menghidupkan peranti, sebuah bateri sebesar 3,020mAh dimuatkan bersama dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0.

Sharp Aquos S2 akan dijual dengan tanda harga RM1,299 seunit dan akan mula dipasarkan bermula 6 Januari 2018. Pra tempahan juga boleh dilakukan di laman e-dagang Lazada pada 28 Disember 2017 depan. Selain itu, beberapa pengedar sah akan turut mengambil bahagian.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here