Samsung Lancar Monitor Permainan CHG90 Terlebar Di Dunia Pada Harga RM6,499

416
**********

Kaki games di PC sudah tentunya tidak sabar untuk memiliki monitor permainan dengan paparan paling lebar di dunia, apabila Samsung telah mengumumkan kehadiran model CHG90 yang dijual pada harga RM6,499. Selain menyokong skrin yang besar iaitu mencecah sehingga 49 inci dengan nisbah paparan 32:9, monitor ini turut dilengkapi dengan teknologi penambahbaikan gambar HDR yang kebiasaannya boleh ditemui pada televisyen.

Rekaan paparan yang melengkung ini turut menjanjikan kualiti paparan yang sangat hebat kerana ia telah menggunakan teknologi skrin terbaru QLED atau turut dikenali sebagai Quantum Dot. Sokongan teknologi ini berupaya menghasilkan spektrum warna sRGB sehingga 125 peratus dan juga 95 peratus Digital Cinema Initiatives (DCI-P3).

Monitor Samsung CHG90 ini juga menampilkan sokongan resolusi HD Penuh Berganda (DFHD) iaitu bersamaan dengan 3840 x 1080 piksel. Bahkan dengan kadar segar semula 144Hz serta masa tindak balas gerakan gambar (MPRT) 1ms, dan juga sokongan teknologi pengimbas empat saluran untuk menghalang masalah kabur ini juga sudah tentunya sangat sesuai untuk aktiviti permainan yang memerlukan paparan berkualiti.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here